Nasib baik aku memang tidak banyak komitmen kewangan. Bayaran bulanan cuma kereta Vios dan bayaran ansuran biasiswa Maybank sahaja.
Kenapa kena bayar biasiswa pula? Selepas graduasi, aku menunggu-nunggu tawaran kerja dari Maybank. Tetapi waktu itu ekonomi teruk. Bank pun sedang lepaskan orang. Mengambil pekerja baharu, seperti menunggu buah tak gugur.
Bagus juga keputusan itu. Tidaklah aku terikat berkhidmat dengan Maybank. Bekerjalah aku di Melaka sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta.
Gajinya pun tidaklah banyak. Bak kata budak hipster, seciput sahaja. Dek kerana gaji seciput, aku tidaklah pula rajin berbuat hutang dan membeli itu ini.
Rupanya satu demi satu keputusan kubuat dahulu, banyak hikmahnya. Alhamdulillah.
Aku sampaikan niat untuk bercuti tanpa gaji kepada mantan ketua unitku. Kasihan beliau. Sudahlah menunggu pegawai mengisi kekosongan jawatan sekian lama, apabila sudah diisi, mahu bercuti pula.
Tapi aku nekad. Mahu tunggu cuti bersalin 5 tahun tidaklah ketahuan bila masanya. Anakku baru setahun lebih waktu itu. Tidaklah aku mahu mengandung lagi ketika itu.
Peluang ini kalau tidak diambil sekarang, lama nanti akan datang lagi. Borang pun ku isi.
No comments:
Post a Comment